Seperti yang kita ketahui Sarawak sememangnya terkenal dengan kecantikan semulajadi gadis-gadis dari perbagai suku, kaum dan Etnik. Kecantikan gadis-gadis dari Sarawak memang tidak dapat dinafikan hingga ramai orang luar tertawan hati jika bertandang ke Sarawak.
Pada pendapat penulis dalam banyak suku
kaum dan etnik, gadis-gadis dari kumpulan Etnik orang ulu Sarawak yang terdiri daripada Lun Bawang, Lun Dayeh, Kayan, Kedayan Kenyah, Kajang, Kejaman, Penan, Punan, Ukit, Murut, Berawan, Kelabit dan lain-lain antara mempunyai kecantikan yang cukup luar biasa di Sarawak dan juga asia.
Boleh dikatakan kecantikan semuladi gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut salah satu keajaiban yang cukup mahal dan tidak ternilai di Sarawak dan Kepulauan Borneo secara amnya. Apa yang menariknya meskipun tanpa bersolek, kecantikan mereka tetap terselah dan tiada tolok tandingannya.
βͺSelain mempunyai kecantikan yang semulajadi, mereka juga memiliki aura memikat yang cukup luar biasa. Tidak dapat dinafikan lagi mana-mana jejaka yang terpandang gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut akan jatuh hati kerana kecantikan dan jelingan mereka bisa meruntuhkan iman. – Kamek Miak Sarawak