Kuching: Warga Kuching berpeluang melihat dengan mata sendiri lapan buah jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia sempena hari Terbuka TUDM di Kuching Sabtu ini 27 Oktober 2018.
Orang awam adalah dialu-alukan datang berkunjung ke Pangkalan TUDM dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.
Apa yang menariknya pengunjung yang hadir nanti akan dipersembahkan dengan pertunjukan udara daripada pesawat TUDM nanti.
Selain itu akan diadakan juga pameran yang melibatkan beberapa aset-aset TUDM yang lain. Menurut info perkhidmatan bas ulang alik turut disediakan kepada pengunjung dari tiga lokasi ke Pangkalan Udara Kuching antaranya di Kem Semeggo, Dewan Serbaguna Kota Sentosa dan di sebuah pasaraya di Kota Sentosa. – Kamek Miak Sarawak