Amalkan Makan Pucuk Paku, Mampu Cegah Penyakit Gout & Kurangkan Kolestrol Dalam Badan 0 13879

Pucuk paku adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi dikalangan manusia. Sebut saja sayur pucuk paku pasti tahu nak dimasak dengan apa atau rebus saja untuk dijadikan ulam-ulaman.

Terdapat pelbagai jenis resepi masakan yang menggunakan pucuk paku di luar sana, tetapi tahukah anda tentang khasiatnya. Pucuk paku mengandungi banyak jenis gizi serta nutrisi yang sanagt baik untuk kesihatan.

Jom check it out apa lagi kebaikan pucuk paku untuk kesihatan anda.

1. Menjaga Metabolisme Tubuh

Makan sayur pucuk paku dapat membantu normalkan metabolisme tubuh badan anda. Ini kerana metabolisme yag tidak normal akan membuatkan anda mudah jatuh sakit dan gemuk.

2. Menyembuhkan Luka

Pucuk paku membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka terutamanya dalam membentuk sel kulit baru untuk segera menutupi luka anda.

3. Menyihatkan Mata

Sumber vitamin A yang terdapat dalam pucuk paku ini sangat baik untuk memelihara kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan penyakit mata yang lain, sayur ini juga mampu mencegah mata anda dari penyakit rabun.

4. Mencegah Kolestrol

Kolestrol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan anda mendapat pelbagai jenis penis penyakit kronik yang lain. Akan tetapi sayuran pucuk paku ini sanagt terkenal dengan sifat anti kolestrolnya dan sangat sesuai diamalkan selalu untuk mengurangkan kolestrol jahat didalam badan anda.

5. Ubat Gout

Penghidap penyakit gout sangat sesuai untuk mengamalkan makan sayuran pucuk paku ini. Terdapat beberapa kandungan didalamnya mampu meredakan penyakit gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang pesakit.

Selain sedap dibuat masak lemak cili api dengan udang, pucuk paku juga boleh digoreng tumis bersama belacan. Bukan sahaja boleh mengenyangkan dan sedap sehingga menjilat jari, malah anda juga boleh mendapat manfaat yang baik dari pucuk paku ini sendiri

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news