Sindiket judi di Batu Kawa peroleh RM1 juta sebulan tumpas pagi tadi 0 6410

KUCHING: Polis Sarawak menahan 13 individu dalam satu serbuan di sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan premis judi dalam talian di Batu Kawa di sini hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dennis Leong Soon Kuai.

Individu yang ditahan termasuk empat perempuan dan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Leong berkata dalam serbuan 9.30 pagi itu, lima daripada 13 suspek adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing yang dipercayai operator kepada aktiviti perjudian dalam talian di premis berkenaan.

β€œSiasatan awal mendapati sindiket ini sering bertukar lokasi bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa, namun hasil makluman awal dan risikan akhirnya sindiket berjaya ditumpaskan.

Hasil aktiviti haram itu membolehkan sindiket ini mengaut keuntungan sebanyak RM1 juta sebulan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.

Leong berkata, selain menjadi pusat judi dalam talian, sindiket tersebut turut menyediakan taruhan menerusi kaedah prabayar secara rambang di laman media sosial.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita tujuh komputer dan 29 telefon bimbit yang digunakan untuk melakukan kegiatan judi dalam talian dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka serta Seksyen 4(1) (c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953.

–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news