Banjir: 43 sekolah ditutup, 11 dijadikan pusat pemindahan 0 6034

KUCHING: Sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah 43 buah sekolah di seluruh negeri Sarawak tidak beroperasi kerana digenangi banjir, menurut sumber Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Sebanyak 11 sekolah lagi katanya, ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 sekolah yang terjejas terletak di Selangau; lapan di Mukah; tujuh di Dalat; lima di Limbang; empat di Serian dan Baram; tiga di Samarahan dan masing-masing satu di Sibu dan Bintulu.

Secara keseluruhan, 5,380 pelajar,677 guru dan 249 kakitangan bukan guru terjejas dan tidak hadir ke sekolah.

Sekolah-sekolah yang dijadikan pusat penempatan banjir ialah Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan; SK Mang; SK Haji Kelali Semera; SK Samarahan Estate; SK Parish, Balingian; SK Tanah Putih; SK Bukit Arip; SJK (C) Tong Ah; SK Pangkalan Sorak Melayu; SK Kuala Bok, Tinjar dan SK Menuang.

Berikut adalah senarai 43 sekolah yang terjejas:

Dalat

SK Klid/ Plajau
SK St John Kampung Medang
SJK(C) Chin Hua
SMK Dalat
SK St Bernard
SK Kampung Tanam
SK St Luke Ng Baoh

Selangau

SK Nanga Selangau
SK Iban Union
SK Sungai Buloh
SK Sungai Anak
SK Nanga Kua
SK Kuala Lemai
SK Sungai Pakoh
SK Sungai Kemena
SK Ulu Sungai Arip
SK St Mathew Sekuau

Mukah

SK Kuala Kenyana
SK Kampung Jebungan
SK Kampung Sau
SK Kampung Teh
SJK(C) Ek Hua
SK Penakub Ulu
SK Lubok Bemban
SK Sungai Liuk

Serian

SK Pangkalan Sorah
SK Sumpas
SK St Teresa, Serian
SK Tanah Puteh

Samarahan

SJK(C) Chung Hua Semera
SK Kampung Melayu
SK St John

Bintulu

SK Ulu Segan

Limbang

SK Ulu Lubai
SK RC Kubong
SK Nanga Merit
SK Kuala Awang
SK Kubong

Sibu

SK Sungai Naman

Baram

SK Long Sobeng
SK Long Lenei
SK Penghulu Baya Mallang
SK Batu Bungan

–Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news