Tanah dan jalan runtuh, laluan terputus di tengah Sarawak kerana banjir 0 6253

KUCHING: Beberapa kawasan di tengah Sarawak mengalami kejadian tanah runtuh, manakala sesetengah laluan ditenggelami air sehingga empat kaki berikutan hujan tanpa henti di tengah Sarawak.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai pihak termasuk pengguna media sosial, antara kawasan terjejas termasuklah Kilometer 123 Jalan Sibu-Bintulu yang ditenggelami air hingga tidak dapat dilalui.

Turut terjejas lalu ke SK Sungai Buloh, Selangau yang jalannya terputus dan berbahaya.

Sebahagian tanah di Genting Kopi, Jalan Pakan pula runtuh hingga menutup jalan dan membahayakan pengguna lalu lintas.

Turut dilaporkan berhadapan gelongsoran tanah berhampiran Jambatan Sungai Arip, Balingian.

Sementara itu, laporan tanah runtuh juga diterima di Jalan Raya Kampung Beraya dan Kejapil di Bekenu.

Setakat jam 4 petang ini, tiada laporan menyeluruh mengenai insiden tanah runtuh di seluruh negeri.

Difahamkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri masih mengumpul maklumat berkaitan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news