Banjir di Sarawak terus buruk, banyak kawasan tenggelam, sekolah tidak beroperasi 0 6082

KUCHING: Hujan berterusan menyebabkan situasi banjir bertambah buruk di seluruh negeri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan sehingga jam 6 petang tadi, sebanyak 20 pusat pemindahan sementara telah dibuka melibatkan 908 keluarga dan 3,231 mangsa.

“Daripada jumlah ini, lapan pusat dibuka di Bahagian Samarahan, bagi menampung 506 keluarga dan 1,818 mangsa dari 18 kampung yang terjejas.

“Sejumlah sembilan pusat pula dibuka di Bahagian Serian bagi menampung 329 keluarga dan 1,171 mangsa dari 10 kampung terjejas.

Kata Ismail, 242 mangsa daripada 73 keluarga dari lima kampung terjejas di Bahagian Mukah kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Pada masa yang sama katanya, sebanyak 23 sekolah yang dinaiki air telah ditutup sementara enam buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara.

“Enam daripada sekolah terjejas ini terletak di Dalat, Mukah (6), Serian (4), Samarahan(2), Padawan(2), Selangau(1), Sibu(1) dan Bintulu (1)

Difahamkan, hujan luar biasa juga turun di utara Sarawak hingga menyebabkan beberapa kawasan di pedalaman Limbang dan Lawas terjejas.

Sehingga jam 6 petang tadi, hujan masih turun di Kuching, Samarahan, Serian, Kapit, Bintulu dan Limbang. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13849

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news