Bendera PKR, Malaysia di perlawanan Piala Dunia 0 5573

Bagi pasukan bola sepak Malaysia, yang menduduki tangga 171 dunia di bawah St Lucia – sebuah pulau merangkumi 617km dan dengan penduduk kurang daripada 200,000 – untuk layak ke Piala Dunia kekal sebagai mimpi yang sukar menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, bagi peminat bola sepak tempatan, mereka mungkin sedikit terhibur apabila mendapati sekurang-kurangnya ada bendera PKR dan Malaysia yang berjaya dibawa ke perlawanan pusingan akhir 2018 di Rusia.

Sekeping gambar yang diedarkan di media sosial menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse mendonggak ke arah langit apabila pasukannya berdepan Poland semalam.

Dalam latar belakang itu, bendera PKR dapat dilihat diikat di pagar keluli di stadium Spartak Moscow. Bersebelahannya, terdapat pula bendera Malaysia.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyiarkan gambar itu di akaun Twitternya, dengan kapsyen: “Siapa rakyat Malaysia ini? Duduk di barisan hadapan.”

Dalam perlawanan Kumpulan H, Senegal menjadi negara Afrika pertama memenangi perlawanan pada pusingan akhir 2018 selepas menewaskan Poland 2-1.

Kumpulan H juga terdiri daripada Jepun dan Colombia.

Senegal dijadual berdepan Jepun pada hujung minggu manakala Poland akan berentap dengan Colombia pada hari Isnin.

Jepun mengalahkan Colombia 2-1 semalam. Pasukan Amerika Selatan itu bermain dengan 10 orang apabila pada minit ketiga Carlos Sanchez Moreno diperintah keluat padang. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13391

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news