Ronaldo Bantu Portugal Benam Maghribi 0 5573

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika bertemu Maghribi dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia. – Foto REUTERS

MOSCOW: Cristiano Ronaldo berkata Portugal perlu mempertajamkan kualiti permainan mereka pada aksi Piala Dunia selepas kemenangan 1-0 kepada Maghribi dalam saingan Kumpulan B dengan memberikan mereka peluang mara ke pusingan kalah mati.

Penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol keempatnya selepas dua perlawanan di Russia sebagai juara Eropah, sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas kumpulan sebelum perlawanan Sepanyol menentang Iran pada awal pagi ini.

BENTENG pertahanan Maghribi sedia untuk menghalang sepakan percuma yang diambil Cristiano Ronaldo. – Foto REUTERS

“Saya sangat gembira. Perkara terpenting adalah memenangi perlawanan dan memenangi tiga mata,” kata Ronaldo selepas menjaringkan gol keempat di Moscow.

“Kami tahu jika kami tewas, kami akan terkeluar. Kami tahu Maghribi akan memberikan segala yang mereka ada. Ia adalah mengejutkan pada awalnya kerana mereka sangat kuat.

“Saya berjaya menjaringkan gol, ia adalah baik untuk saya.”

CRISTIANO Ronaldo cuba dihalang pergerakannya oleh pemain Maghribi, Hakim Ziyach. -EPA

Portugal akan bertemu Iran dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 25 Jun ini di Saransk.

“Jangkaan kami adalah meneruskan kerja dan cuba membaiki prestasi dalam peringkat kumpulan,” kata Ronaldo.

“Kami hampir di sana (peringkat kalah mati) dan kemudian kita lihat bagaimana. Kami mahu mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan. Kami cuba untuk berada di teratas kumpulan.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news