BN Sarawak disaran keluar dari BN pusat 0 5574

BN Sarawak banyak bergantung kepada populariti bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem suatu ketika dahulu.

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini disarankan keluar dari BN pusat dan membentuk gabungan mereka sendiri agar tidak disinonimkan dengan BN yang popularitinya semakin merosot.  

β€œKeluar dari BN dan membentuk perikatan mereka adalah perlu agar tidak disinonimkan dengan BN yang dianggap jenama yang sudah merosot popularitinya dan semakin ditolak rakyat,” kata Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

BN Sarawak merupakan parti pembangkang kedua terbesar di Malaysia dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Dalam temu bual dengan Bernama, Awang Azman berkata, kebimbangan ini (kemerosotan populariti) akan menular ke Sarawak jika langkah tersebut tidak diambil segera oleh BN Sarawak, hingga boleh menyebabkan tidak kurang 30 peratus daripada kerusi dimenanginya pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 2016, akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (Harapan).

Dalam pada itu, perlu diperhatikan kejayaan BN Sarawak pada PRN 2016 banyak bergantung pada faktor populariti Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Adenan Satem dan ketiadaan Allahyarham kini pasti menjejas populariti parti-parti komponen BN Sarawak.

Naib Presiden PBB, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah berkata, ada kemungkinan besar kerajaan campuran negeri Sarawak akan keluar dari BN untuk menubuhkan parti perikatan yang baharu.

Menurut Karim, BN adalah satu jenama yang sudah pudar dan tidak lagi diterima oleh rakyat.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, menubuhkkan perikatan baharu adalah jalan terbaik untuk BN Sarawak.

Katanya, mahu tidak mahu BN Sarawak terpaksa ambil tindakan drastik dengan keluar daripada BN pusat dan tubuhkan satu entiti politik yang baharu.

Mesyuarat PBB pada minggu lalu ada membincangkan perkara mengkaji semula kedudukannya di dalam BN.

Dalam pada itu, Harapan Sarawak membantah sebarang percubaan untuk menerima kemasukan mana-mana parti komponen BN Sarawak terutama PBB.

Pengerusi Harapan Sarawak Chong Chieng Jen berkata menerima PBB ke dalam PH samalah seperti menerima UMNO menyertai Harapan. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news