BTN, Suami isteri direman bantu siasatan tuntutan palsu RM600,000 0 5648

KUCHING – Sepasang suami isteri direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu yang melibatkan nilai sebanyak RM600,000 pada 2016.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pasangan suami isteri masing-masing berusia 53 dan 47 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak pada pukul 3 petang semalam.

Kedua-dua suspek ditahan SPRM kerana disyaki mempunyai kaitan dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000 membabitkan Biro Tatanegara (BTN) dalam kejadian dua tahun lalu.

Pasangan suami isteri berkenaan juga merupakan antara pemilik salah sebuah syarikat daripada 43 syarikat yang dikesan terlibat dalam kes tuntutan palsu itu.

Pada 25 Julai lalu, SPRM telah menahan reman lima suspek termasuk dua Penolong Pengarah Kanan BTN dan tiga lagi individu lain bagi membantu siasatan kes sama.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 34 hingga 55 tahun. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news