Effendi Nawawi nafi terbabit dengan PRIBUMI, sokong Abang Johari 0 5876

KUCHING: Spekulasi yang mengatakan pembabitan bekas menteri persekutuan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dalam Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) sebagai pengerusi adalah tidak benar.

Effendi yang merupakan bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini malah menafikan beliau mengenali Shariff Busrah yang mendakwa dirinya sebagai presiden parti baharu itu.

“Saya tidak kenal dia (Shariff). Memang benar tidak ada (kenal),” katanya.Shariff berkata kepada Utusan Borneo bahawa Effendi merupakan pengerusi PRIBUMI.

PRIBUMI dikaitkan dengan kontroversi pada minggu lepas yang mendakwa sembilan wakil rakyat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyertainya.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Shariff turut berkata khabar mengenai sembilan wakil rakyat itu adalah benar.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama wakil rakyat terbabit.

“Ada dua lagi ADUN bersetuju masuk PRIBUMI,” katanya sambil menambah, masa akan tiba untuk beliau mendedahkan wakil rakyat dimaksudkannya.Shariff berkata lagi, “Effendi bakal Ketua Menteri Sarawak 2021”.

Menjawab persoalan itu, Effendi berkata beliau sangat menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri.

“Saya sangat menyokong Abang Johari dan (beliau) melakukan kerja baik untuk Sarawak. Beliau mengukuhkan hubungan dengan KL.

Saya menyokong Abang Johari itulah pendirian saya,” tegasnya.Beliau berkata hubungannya dengan Abang Johari amat baik. Abang Johari katanya melaksanakan tugas yang terbaik untuk membangunkanSarawak.

“Saya kini tidak terbabit dalam politik dan memberi tumpuan penuh terhadap perniagaan,” katanya.

Shariff sebelum muncul PRIBUMI dikaitkan dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sarawak.

Bagaimanapun, usaha melebarkan sayap BERSATU di Sarawak seolah-olah ‘didahului’ Johan Mohamad yang pada hujung minggu lepas mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja BERSATU Cawangan Stampin. Johan turut menjelaskan BERSATU dan PRIBUMI merupakan parti berlainan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news