JKM tamatkan bantuan 41,800 penerima 0 5791

KUALA LUMPUR – Kira-kira 41,800 penerima ditamatkan bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia disebabkan pelbagai faktor seperti meninggal dunia iaitu sebanyak 11,874 kes; tukar skim bantuan lain (4,242 kes); tidak memenuhi kriteria kelayakan (4,090 kes) dan berpindah ke luar daerah (3,132 kes).

Sebanyak 2,635 kes pula kerana penerima telah mampu berdikari; 22 kes dirujuk ke agensi lain selain 15,820 kes lain-lain faktor seperti telah pulih dari penyakit dan mempunyai sumber pendapatan.

“Setiap bantuan yang ditamatkan akan dimaklumkan kepada klien dengan surat yang dijana melalui sistem e-Bantuan. Di samping itu orang awam juga boleh membuat semakan dalam talian melalui sistem e-Bantuan berkaitan status permohonan bantuan mereka,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai aduan terdapat bantuan kebajikan yang telah dihentikan tanpa sebarang pengumuman pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  menyalurkan bantuan kebajikan kepada 485,866 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM839 juta sehingga Jun tahun ini.

“Adalah dijangkakan sehingga hujung tahun ini, sebanyak RM1.5 bilion peruntukan diperlukan bagi menampung perbelanjaan melibatkan bayaran bantuan bulanan dan bantuan sekaligus,” katanya.

Mengenai isu proses permohonan bantuan kebajikan yang mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan maklumat balas, Dr Wan Azizah berkata terdapat beberapa faktor menyebabkan keadaan itu antaranya faktor beban kerja kerana bilangan permohonan yang tinggi. 

Contohnya, sehingga Jun tahun ini, terdapat 71,864 permohonan kes baharu yang diuruskan oleh hanya 1,919 petugas.

Purata nisbah beban kes siasatan permohonan baharu ialah seorang pekerja kes bagi setiap 37 kes (1:37), manakala nisbah bagi kakitangan yang mengendalikan kes aktif pada tahun 2018 sebanyak 485,866 kes ialah seorang pekerja kes bagi 253 kes. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13523

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news