Hatrik Ronaldo bantu Portugal ikat Sepanyol 3-3 0 5524

Ronaldo berjaya mencipta hatrik

KUALA LUMPUR – Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah pemain terbaik dunia apabila meledakkan tiga gol untuk membantu Portugal mengikat Sepanyol 3-3 dalam aksi penuh dramatik Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 FIFA di Stadium Fisht, Sochi, Rusia awal pagi ini.

Kehebatannya menjaringkan tiga gol itu bukan sahaja berjaya menyelamatkan Portugal daripada kekalahan meskipun mendahului 2-1 pada babak pertama, namun turut meletakkannya selaku pemain keempat yang berjaya menjaringkan gol dalam empat edisi Piala Dunia selepas Uwe Seeler, Pele dan Miroslav Klose.

Jaringan penalti dan rembatan derasnya pada babak pertama berjaya memberi kelebihan buat Portugal dan selepas Sepanyol pula bangkit menyamakan kedudukan serta mendahului 3-2 pada babak kedua, Ronaldo tampil pada saat-saat genting untuk menyamakan kedudukan 3-3 menerusi sepakan percumanya lima minit sebelum perlawanan tamat.

Bagi Sepanyol pula, krisis yang berlaku dalam kem mereka ketika ini hampir memberi kesan buat juara 2010 itu apabila dipaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sebelum ini membuat kejutan apabila memecat jurulatihnya, Julen Lopetegui dua hari sebelum kempen di Rusia ini bermula kerana tindakannya mengumumkan akan mengendalikan kelab Real Madrid pada musim depan.

Lopetegui sebelum ini membimbing Sepanyol dengan rekod tanpa kalah sepanjang kempen kelayakan dan aksi persahabatan.Tempatnya kemudian diganti Fernando Hierro yang dilantik sebagai pengendali sementara.

Tindakan Sepanyol, pasukan ranking ke-10 dunia yang juga dilihat sebagai pilihan bergelar juara edisi 2018 kali ini, jelas memakan diri apabila mereka ketinggalan dua kali pada babak pertama kepada pasukan No. 4 dunia, Portugal.

Kapten Portugal, Ronaldo berjaya mencemaskan skuad La Roja apabila bintang Real Madrid itu menjaringkan gol menerusi penalti seawal minit keempat permainan selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sepanyol bagaimanapun bangkit pada minit ke-24 menerusi gerakan lincah penyerang kelahiran Brazil, Diego Costa yang memperdayakan lima pertahanan Portugal sebelum merembat masuk gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan kembali seimbang 1-1.

Namun, kesilapan penjaga gol Manchester United, David de Gea menampan kemas bola percubaan Ronaldo pada minit ke-44 menyaksikan skuad kendalian Fernando Santos itu kembali mendahului 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua kemudian menyaksikan Sepanyol tampil lebih garang dengan melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila Costa sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-55.

Selang tiga minit jaringan itu, Sepanyol mula di depan selepas pertahanan Real Madrid, Nacho melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti yang menerjah jaring, sekaligus menjadikan kedudukan 3-2.

Bagaimanapun tatkala Sepanyol hampir pasti menjamin tiga mata berharga dalam perlawanan itu, muncul Ronaldo yang meledak gol penyamaan hasil sepakan percuma, sekali gus mencuri satu mata dalam genggaman Sepanyol.

Keputusan ini menyaksikan Sepanyol dan Portugal menghuni tangga kedua dan ketiga kumpulan dengan satu mata manakala Iran yang menewaskan Maghribi 1-0 pada aksi sebelum itu muncul pendahulu kumpulan.

Aksi kedua Khamis depan bakal menyaksikan Portugal dan Sepanyol perlu menang ke atas lawan masing-masing iaitu Maghribi dan Iran. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news