Isu nasional tidak pengaruhi pengundi Santubong, kata Wan Junaidi 0 5614

KUCHING: Isu nasional diyakini tidak mempengaruhi pengundi di Parlimen Santubong, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, pengundi boleh menilai pembaharuan serta pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

Katanya, pembangkang yang ingin bertanding di kawasan itu dinasihatkan tidak membuat fitnah serta membawa cerita bohong dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi

“Di Santubong tiada perkara boleh dibangkitkan yang boleh gugat sokongan rakyat kepada BN. Selama ini pun kerajaan persekutuan dan negeri membawa banyak pembangunan kepada penduduk dan jika terus dipilih lebih banyak lagi kemajuan akan dibawa,” katanya.

Wan Junaidi, penyandang kerusi Parlimen Santubong sejak 2004 berkata demikian selepas menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat semalam.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan dan negeri akan membina 8 jambatan di sepanjang laluan Lundu-Sampadi-Rambungan di Parlimen itu.

Katanya, pembinaan tersebut merangkumi jambatan baharu iaitu jambatan Rambungan, manakala 7 lagi jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan struktur besi sedia ada.

“Jambatan yang siap nanti akan melengkapkan jalan pesisir Sarawak seterusnya memacu pembangunan kampung di sepanjang laluan itu seperti Kampung Telaga Air, Kampung Sungai Limo dan Kampung Sampadi.

“Produk pertanian penduduk dari kawasan sekitar akan lebih mudah untuk dibawa ke Kuching, begitu juga kawasan tarikan pelancong di Lundu akan lebih mudah untuk dilawati,” katanya.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news