Kekasihku Seorang Pondan 0 6103

Kalimantan: Seorang lelaki desa pasir panjang Rizki Budian tidak dapat mengawal perasaan terkejut apabila mengetahui kekasihnya yang ia tergila gilakan selama ini adalah seorang pondan.

Selama 8 bulan mereka menjalin cinta,keduanya jarang bertemu kerana Rizki duduk di pangkalan bun manakala kekasihnya Laure 21 di desa Manis Mata.

Menurut Rizki mereka akan bertemu dalam dua kali sebulan” saya tak tahu kalau dia sebenarnya lelaki,saya menyesal dan malu.kata Riski di balai polis Pangkalan bun 23/03/2017 kelmarin.

Ia menceritakan setiap kali mereka bertemu dengan Lauren tak ada rasa curiga sedikit pun,selama 8 bulan lauren mengaku sebagai seorang perempuan.

Perwatakan Lauren bila dilihat dengan mata kasar sememangnya bisa menipu mana mana lelaki,sekilas dia nampak sebagai seorang perempuan cantik putih, gebu badan melentik tinggi lampai.

Tak kalah juga dengan gerakan badannya yang ayu lemah lebut bak wanita sungguhan.

Menurut Rizki yang bekerja di Wira sewasta setiap kali bertemu, Lauren akan mengenakan tudung,beberapa bulan terakhir ini hubungan mereka semakin rapat hingga perjalanan cinta itu berakhir disebuah hotel bajet.

Namun sayang,ketika keduanya hendak melepas rindu,tempat hotel mereka bermalam diserbu oleh jabatan agama Pangkalan Bun kamis kelmarin.

Louren mengaku datang ke Pangkalan Bun menemui kekasih yang dia perdayai melalui laman media sosial itu,ia menumpang di salah satu rumah rakannya sepanjang ia bertemu Rizki.

Bagaimanapun keduanya terpaksa di hadapkan dimahkamah Pangkalan bun jumaat semalam bagi mempertanggung jawab kan perbuatan mereka.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 12742

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 7976

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news