Kes Kerajaan Sarawak lawan Petronas hari ini di Mahkamah 0 5747

SETELAH ditangguhkan dari 12 Jun 2018 akhirnya pada hari ini iaitu 21 Jun 2018 maka bermulalah prosiding mahkamah bagi mendengar saman yang dikemukakan oleh Petronas ke atas Kerajaan Negeri Sarawak.  Difahamkan prosiding akan bermula sekitar jam 9.00 pagi ini di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.
 
Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang diwar-warkan oleh YB Hajjah Sharifah Hasidah sewaktu majlis rumah terbuka hariraya tempohari telah memberikan kenyataan bahawa segala “senjata rahsia” akan digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak.  Senjata rahsia yang dikatakan diperolehi ketika kunjungan ke London itu merangkumi segala dokumen yang sahih dan asli di dalam mempertahankan hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya. Tugas untuk mempertahankan hak Sarawak ini sekarang terletak di bahu Sarawak Attorney-General Datuk Talat Mahmood Abdul Rshid, State Legal Counsel Dato Sri JC Fong, Deputy SAG Saferi Ali dan pegawai undang-undang, Mohd Adzrul Azlan.

Sesungguhnya apa sahaja yang di dalam wilayah Sarawak samada daratan mahupun lautan adalah hak milik Sarawak.  Semoga perjalanan kes ini dipermudahkan dan berpihak kepada kita, Sarawak Bumi Kenyalang.  -RP-

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news