Polis tangkap warga emas 71 tahun kerana cabul kanak-kanak di Bakong, Miri 0 5814

MIRI: Seorang warga emas ditangkap polis petang kelmarin selepas disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah panjang di Bakong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki berusia 71 tahun itu ditangkap selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

“Pada 18 Mei lalu, makcik pengadu telah memaklumkan kepada pengadu bahawa dia melihat anak pengadu yang sedang bermain di bawah rumah panjang telah diganggu seperti dicabul oleh seorang lelaki warga emas.

“Selepas itu pengadu terus bertanya kepada anaknya apa yang dibuat di bawah rumah panjang, namun anaknya hanya memberitahu menolong ‘datuk’ terbabit menyusun kayu,” kata Gabriel.

Tidak lama selepas itu, pada 22 Mei, bapa mangsa mendengar sendiri kejadian tersebut melalui orang kampung dan terus berjumpa dengan saksi yang melihat kejadian tersebut.

“Bapa mangsa kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitahu suspek telah melakukan perkara tidak senonoh kepada dirinya.

“Sejurus itu, bapa mangsa telah memanggil penduduk kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menyelesaikan masalah ini namun tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Difahamkan, pada 7 Jun lalu, sekali lagi perjumpaan bersama ketua kampung diadakan bersama suspek namun suspek enggan mengakui tuduhan terbabit.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat ibu mangsa untuk siasatan lanjut pihak polis.

Gabriel berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news