Saya mahu membersihkan nama saya- Najib Razak 0 5490

DATUK Seri Najib Razak ketika ditemubual Reuters di Langkawi. – Foto REUTERS

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk berada di Malaysia dan berjuang menentang tuduhan terhadapnya walaupun menghadapi kemungkinan dipenjarakan.

“Tidak, saya tidak pernah merancang untuk melarikan diri. Kerana jika saya pergi (meninggalkan Malaysia), ada anggapan saya bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya kepada Reuters.

Dalam temubual berkenaan Najib buat pertama kali mengulas berkenaan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata, beliau merasakan bahawa hubungan Low di Asia Barat terutamanya dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Namun beliau tidak pernah mengarahkan Low untuk terbabit dalam urusan 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.

“Saya tidak memberikan arahan kepadanya tetapi dia secara sukarela melakukan perkara tertentu yang menurutnya akan membantu 1MDB. Tetapi apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga pengarah,” katanya.

Najib turut menyifatkan hubungan anak tirinya, Riza Aziz dengan Jho Low adalah sebagai rakan tetapi tidak menyedari sebarang urusan yang membabitkan dana 1MDB dalam syarikat penerbitan filem milik Riza.

Ditanya sama ada beliau masih berhubung dengan Jho Low, Najib berkata:

“Kami sudah tidak berhubung lagi. Saya juga tidak tahu dia di mana. Peguamnya juga tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan maklum balas,” katanya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB.

Katanya wang AS$681 juta yang dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan seperti dakwaan dalam saman di Amerika Syarikat.

Najib berkata beliau diberi jaminan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang negara itu akan menghantar derma.

“Apa yang saya tahu, saya terima ia datang dari Arab Saudi, atas arahan Raja Abdullah,” katanya.

Beliau berkata tidak tahu menahu sebarang urusniaga membabitkan akaun peribadinya kerana melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, satu unit dalam 1MDB, untuk menguruskannya.

SPRM mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faizal tetapi tidak diketahui beliau berada di mana. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news