Kontraktor tidak layak punca masalah projek hospital – Menteri 0 5583

WAWANCARA | Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad merancang untuk meneliti secara peribadi bagi menangani masalah seperti bilik bedah yang tidak boleh digunakan dan bangunan hospital tidak dibina mengikut spesifikasi atau tertangguh pembinannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Dzulkefly, yang juga pengarah strategi Parti Amanah Nasional, berkata beliau mendapat tahu dari bekas ketua audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai beberapa penemuan berkaitan dengan kementerian itu dalam laporan audit.

Dr Dzulkefly berkata beliau merancang untuk mengenal pasti kontraktor bermasalah bagi memastikan memastikan hanya kontraktor berkelayakan akan dipilih untuk membida projek membina hospital.

“Baru-baru ini saya bertemu dengan Tan Sri Ambrin… dan beliau melahirkan kebimbangan mengenai beberapa projek kementerian itu di bawah kerajaan dahulu, yang tidak dilakukan mengikut spesifikasi yang betul.

“Ini termasuk bilik bedah yang tidak boleh digunakan di Johor dan pembinaan hospital lewat disiapkan, seperti yang di Shah Alam. Beberapa projek ini dilaksanakan oleh kontraktor yang tidak layak,” kata Dzulkefly.

Oleh itu, Dr Dzulkefly berkata kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan bahawa hanya kontraktor yang layak dipilih dan bangunan dan kemudahan dibina mengikut spesifikasi yang digariskan.

Klinik 1Malaysia

Menteri kesihatan itu juga mengumumkan bahawa Klinik 1Malaysia yang dibuka oleh kerajaan BN akan dijenamakan semula dan dipakej semula sebagai Klinik Rakyat.

Dzulkefly berkata klinik berkenaan akan dikendalikan oleh doktor, tidak seperti keadaan sekarang, di mana ia dikendalikan oleh jururawat atau pembantu perubatan.

Ini, katanya, sejajar dengan dasar kementerian itu untuk memastikan penjagaan kesihatan yang sempurna disediakan untuk rakyat.

Dzulkefly juga memberitahu Malaysiakini bahawa hospital kerajaan kekurangan 16,000 katil di seluruh negara dan berharap sembilan hospital yang sedang dibina akan membantu mengurangkan kekurangan itu.

“Hospital baru, antaranya, sedang dibina di Bera di Pahang, Pendang di Kedah dan Rembau di Negeri Sembilan.

“Hospital di Kuala Krai (Kelantan) sudah siap,” kata Dzulkefly, sambil menambah bahawa Hospital Sri Aman di Sarawak sudah 40 peratus lengkap. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news