Lelaki maut motosikal bertembung motosikal di Betong 0 3346

BETONG: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tanjung Assam di sini semalam.

Kemalangan dikatakan berlaku  sekitar jam  4.35 petang.  Setakat ini  mayat mangsa, warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Darmin, telah dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya 

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden malang itu berlaku berhampiran Ladang Lingga, dekat Kampung Sebemban.

β€œDipercayai ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menuju ke Tanjung Assam.

β€œSemasa melewati lokasi kemalangan, motosikal yang ditunggang mangsa telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah motosikal,” katanya.

Impak pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal terbabas ke tepi jalan manakala Darmin terbaring di tengah jalan

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Betong untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14911

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8359

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news