Loteri haram jejaskan pendapatan Sports Toto di Sarawak 0 5561

KUCHING: Penjualan loteri haram yang berleluasa membunuh perniagaan Sports Toto sehingga menyebabkan syarikat sah menjual nombor ramalan di Malaysia itu hilang pendapatan jutaan ringgit setahun.

Pengurus Besar Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Nerine Tan berkata pendapatan Sports Toto paling terjejas teruk di Sarawak iaitu sekurang-kurangnya 10 peratus setahun sejak lima tahun lepas.

“Kita boleh lihat penjualan loteri haram di mana-mana terutama di kedai kopi, outlet tambah nilai dan sebagainya.

“Pendapatan Sports Toto di sini (Sarawak) turun menjunam disebabkan ramai orang melanggan pasaran haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pembukaan rasmi kedai Sports Toto Siburan, dekat sini hari ini.

Nerine menambah, tindakan orang ramai memilih loteri haram bukan sahaja menjejaskan perniagaan Sports Toto tetapi juga kepada pendapatan kerajaan.Katanya, ia kerana di Sarawak misalnya, kerajaan negeri memperoleh cukai 10 peratus bagi setiap RM1 loteri daripada Sports Toto.

“Rakyat sepatutnya menyokong Sports Toto kerana ia menyumbang kepada pendapatan kerajaan yang akan digunakan semula untuk rakyat sendiri, misalnya bagi membangunkan sekolah-sekolah kebangsaan dan sebagainya.

“Dengan membeli di pasaran haram, ia bermakna anda menyokong penjenayah yang mungkin terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah, pemerdagangan orangatau sebagainya,” katanya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13430

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news