Mood Sarawak faktor kemenangan BN Sarawak pada PRU14 – Peter Minos 0 5662

KUCHING: ‘Mood Sarawak’ akan membolehkan Barisan Nasional (BN) Sarawak ‘kenduri besar’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kata penganalis politik, Datuk Peter Minos.

Menurutnya, beliau optimis BN Sarawak mampu menang lebih besar, 29 daripada 31 kerusi yang ditandingi.

Tiga kerusi tersebut ialah Miri, Stampin dan Sarikei.

“Daripada pengalaman saya, apa yang saya dengar, lihat dan rasa, saya jangkakan keputusan yang hebat untuk BN Sarawak.

” ‘Mood Sarawak’ ketika ini cukup positif, dengan masing-masing rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama berkehendakkan negeri ini bersatu dan kuat, terutama dalam berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kembali hak dan kuasa yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963, selain eksploitasi sumber asli seperti minyak dan gas di negeri ini.

Katanya, momentum ini cukup baik apatah lagi rakyat memahami betapa kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan amat penting untuk memperoleh dana yang lebih besar untuk pembangunan Sarawak.

“Mood Sarawak dicetuskan oleh Allahayarham Tok Nan dan kini diteruskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.

“Malah rakyat Sarawak berdiri teguh di belakang Abang Jo dan dengan sendirinya, mood ini berjaya menyatu rakyat dan BN Sarawak menerima faedah daripadanya.

“Ia menenggelami semua isu lain,” katanya lagi.

Minos turut melihat faktor pimpinan pembangkang, terutama yang berasal dari Semenanjung seperti Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai dikawal oleh pemimpin seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

“Ini merencatkan Mood Sarawak yang bukan sahaja pro-BN, malah pro anak Sarawak.

“Sentimen ini malah menyebabkan mereka tidak gemar akan cadangan UMNO masuk Sarawak.

Justeru itu, katanya, apa jua DAP, PKR malah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu katakan, rakyat Sarawak tidak ambil pusing dan peduli.

Jelasnya lagi, sejak kepimpinan popular Tok Nan, rakyat Sarawak berasa yakin bahawa situasi di negeri ini adalah aman dan selamat.

“Ini ditambah pemikiran proaktif dan moden Abang Johari yang memimpin negeri.

“Persepsi Sarawak selamat ini amat positif dan kredit seharusnya diberikan kepada mereka yang memimpin Sarawak.

“Pada PRU14 ini, pihak pembangkang terutama DAP pasti akan melontarkan pelbagai isu dan tohmahan bagi menentang BN Sarawak, tetapi ia pasti tidak meracuni fikiran rakyat.

“Sarawak Mood” akan menjadi perisai.

“Segala tuduhan dan hasutan terhadap BN Sarawak akan sirna malah memakan diri pihak pembangkang,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat banyak kisah yang bebeza di Semenanjung apabila BN dan pembangkang bersaing hebat dan bertarung kuat dalam pelbagai isu dan perkara.

“Ia perang politik dan ini tidak akan ‘berlaku’ di Sarawak.

“Kedengarannya amat janggal namun hakikatnya ia berlaku di sini.

Malah situasi di Sarawak ujarnya, agak tenang biarpun tarikh penamaan calon pada 28 April semakin dekat dan hari mengundi 9 Mei semakin hampir.

“Ya ia tenang dan sejuk di Sarawak. Tiada ketegangan politik langsung, biarpun BN Sarawak bakal bertempur hebat di kerusi Bandar Kuching dan Sibu.

“Banyak yang mengatakan dua kerusi ini merupakan kubu kuat DAP kerana pengundi bandar sudah dikenali sebagai pro-DAP dan propembangkang.

“Mereka percaya, seseorang perlu bersuara secara kritikal bagi pihak mereka di Parlimen untuk kepentingan kelompok mereka.

Dengan perkembangan ini, katanya, kelihatan ia adalah hari yang baik dan ceria pada PRU14 untuk BN Sarawak, namun tidak kepada DAP.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news