Pembelian pesawat: PKR Sarawak lapor polis 0 5539

PKR Sarawak hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri kerana didakwa membeli sebuah pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta.

Naib Pengerusinya See Chee How membuat laporan itu di Balai Polis Bahagian Kuching di Kuching.

Katanya beliau juga akan membuat laporan sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini.

See yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata beliau terpanggil untuk membuat laporan polis selepas membaca artikel bertajuk ‘Forest Department Sarawak will be able to fly soon’ dalam portal Dayak Daily semalam.

Dayak Daily memetik Pemangku Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak Hamden Mohammad antara lain berkata: “.. pesawat sedang diuji Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kami harap dapat menerima pesawat itu tidak lama lagi “.

See (gambar) mendakwa pesawat empat tempat duduk DA424M-NG Diamond dibeli menggunakan peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan dan ia akan diletakkan di bawah Jabatan Perhutanan negeri.

“Dengan menyatakan pesawat itu sedang diuji MAVCOM, pihak polis dan Kementerian Pengangkutan Persekutuan sepatutnya menyiasat sama ada terdapat individu atau orang perseorangan atau syarikat swasta/awam yang terlibat dalam transaksi pembelian DA42M- Pesawat NG Diamond ini.

“Dan apakah rancangan mereka dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan dan Jabatan Perhutanan Sarawak untuk membekalkan pesawat DA42M-NG Diamond yang dibeli jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya,” katanya selepas membuat laporan polis itu.

See berkata pada 26 dan 27 Oktober tahun lepas, pembelian pesawat itu dilaporkan secara meluas di semua akhbar di Sarawak.

“Daripada dapatan kami, kerajaan telah membayar sejumlah besar wang untuk sebuah pesawat utiliti dan latihan berenjin kembar ringan ini walaupun ia varian misi khas dengan pengubahsuaian daripada pesawat DA42 standard,” dakwanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13391

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news