Sarawak akan miliki stesen TV sendiri 0 5716

KUCHING: Hasrat 2.7 juta rakyat Sarawak untuk memiliki stesen televisyen yang berpangkalan di negeri ini akan menjadi kenyataan tidak berapa lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, stesen televisyen itu nanti akan digunakan, antara lain untuk menjelaskan dasar dan langkah baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Mengapa kita nak tubuhkan stesen TV sendiri sedangkan kita ada RTM? Jawapannya kita nak waktu siaran. Kedua, penjelasan dasar kepada rakyat dengan cepat. Kandungan amat penting,” katanya dalam satu majlis di sini semalam.

“Kita dapat hantar maklumat kepada penonton dan pendengar. Coz kita nak jelaskan beberapa dasar supaya orang kampung tahu. Termasuk tentang teknologi terkini,” jelasnya lagi.

Ujarnya, kalau mereka tidak tahu, tentu sukar untuk melaksanakan dasar yang diperkenalkan kerajaan.

“Jika kita hendak bercakap tentang teknologi mungkin mereka mungkin tak faham, dan apabila kita jelaskan melalui televisyen, mereka akan faham,” katanya lagi.

“Kita  boleh jelaskan melalui rancangan tv tentang apa-apa pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan,” jelasnya.

Namun, Abang Johari tidak menjelaskan lanjut bila TV berkenaan akan ditubuhkan.

“Bila hendak dilaksanakan saya tidak boleh jelaskan kerana masih dalam perbincangan. Mungkin dekat juga,” katanya, sambil berseloroh.

Beliau telah mencetuskan idea tentang penubuhan TV yang berpangkalan di Sarawak beberapa bulan lalu.

Ketika ini, stesen TV yang berpangkalan di

Semenanjung, terutama stesen swasta tidak menyiarkan berita tentang Sarawak pada kadar kekerapan yang memuaskan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news