Saya sik sama dengan Tok Nan – Abang Jo 0 5605

SARIKEI: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menegaskan pendekatannya adalah berbeza dengan pendekatan Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan dalam mentadbir Sarawak.

“Saya ada berubah sikit daripada Tok Nan. Ne dapat sama Tok Nan. Tok Nan lain, saya lain.

“Muka Tok Nan lain, muka saya lain. Mun kita sama, susahlah orang nak cari beza di antara saya, Tok Nan. Can’t be sama. Itu fitrah manusia,” katanya sewaktu berucap pada Program Sejiwa Senada Meradong di Bintangor pagi tadi.

Menurutnya, beliau menyambut usaha yang dilakukan oleh Tok Nan selama ini, terutamanya mengambil kembali hak-hak kita kembali ke Sarawak secara berhemah.

“Saya terus persoalkan…sebab itu ia termasuk dalam manifesto Barisan Nasional,” katanya lagi.

Krediit foto : Seraong Emas

Pendekatan beliau tegasnya, berubah kerana dunia telah berubah.

“Saya anjurkan pendekatan pembangunan melalui teknologi iaitu menggunakan teknologi.

” Selepas saya menjadi Ketua Menteri, saya anjurkan Seminar Idecs dan telah menerima kehadiran tokoh-tokoh dunia.

“Ini termasuk Don Topscott, penganjur ekonomi digital yang terkejut dengan minat Sarawak di Borneo untuk mentransformasikan ekonominya kepada ekonomi digital,” tambahnya lagi.

Katanya, beliau memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk memastikan internet di negeri ini berhalaju tinggi, termasuk di Maradong.

“Ini kerana saya mahukan internet berhalaju tinggi untuk menggunakan teknologi baharu selain membolehkan perhubungan cepat, pertanian cepat dan memasarkan produk pun cepat.

Katanya, beliau mahu kepantasan internet ini dianjakkan daripada 6 mbps kepada 100 mbps hingga 150 mbps. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14917

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news