SST Harga barang naik tapi tak seteruk ketika GST – Chong Chieng Jen 0 5642

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak seteruk semasa penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata, semasa pelaksanaan GST rakyat membayar cukai berjumlah RM44 bilion kepada kerajaan berbanding anggaran kira-kira RM20 bilion yang akan dikutip menerusi SST.

“Itu bermaksud bahawa rakyat di bawah sistem SST akan membayar kurang cukai sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan.

“Oleh itu, saya rasa walaupun (pelaksanaan SST) ada beri kesan ke atas sesetengah harga barangan tetapi ia (SST) tidak akan seteruk beban kos sara hidup semasa kita bawah sistem GST,” katanya (gambar) kepada pemberita, di Johor Bahru hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan ‘1st Step Student Entrepreneurship Programme’ di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Jamil Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Zainuren Mohd Nor.

Chong berkata, pihaknya akan memastikan tindakan penguatkuasaan terus dijalankan menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan sebaik sahaja SST dilaksanakan bagi mengelakkan tiada pihak mengambil kesempatan.

Mengenai program hari ini, Chong berkata ia bertujuan menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Katanya dengan adanya bimbingan SSM, beliau percaya para pelajar akan melihat bidang perniagaan sebagai satu lagi pekerjaan yang menjanjikan masa depan cerah selepas mereka tamat pengajian.

“Selagi ada empat unsur iaitu produk yang baik, prosmosi yang baik, pengurusan yang baik dan etika yang baik, anda (pelajar) akan berjaya,” katanya.

Sementara itu, Zahrah berkata menerusi program tersebut para pelajar turut berpeluang mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (1P1P) secara percuma.

Katanya setakat ini, seramai 26,404 pelajar dan mahasiswa sudah mendaftarkan perniagaan mereka di seluruh negara menerusi skim terbabit dengan 24,000 daripadanya adalah perniagaan tunggal dan selebihnya perkongsian.
Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news