Terkini, mangsa banjir Sarawak meningkat 2,320 orang, 20 pusat pemindahan dibuka 0 5655

KUCHING: Daripada sekitar 1,273 orang, terkini jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 2,320 orang melibatkan 624 keluarga pada pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar Ismail Mahedin berkata, semua mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara.

Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu merupakan kawasan paling teruk terjejas banjir.

Semalam, mangsa banjir di Siniawan, Serian ditempatkan di SK Samarahan Estate.

Sementara, 16 keluarga meliputi 104 mangsa dari Ladang Sarawak Oil Palm di Balingian ditempatkan di SK Parish.

Jumlah Pusat Pemindahan Sementara Bencana Banjir di seluruh negeri dijangka terus meningkat.

Data tidak rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 1,611 mangsa, tidak termasuk kes Mukah. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14001

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8190

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news