KUCHING: Daripada sekitar 1,273 orang, terkini jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 2,320 orang melibatkan 624 keluarga pada pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar Ismail Mahedin berkata, semua mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara.
Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu merupakan kawasan paling teruk terjejas banjir.
Semalam, mangsa banjir di Siniawan, Serian ditempatkan di SK Samarahan Estate.
Sementara, 16 keluarga meliputi 104 mangsa dari Ladang Sarawak Oil Palm di Balingian ditempatkan di SK Parish.
Jumlah Pusat Pemindahan Sementara Bencana Banjir di seluruh negeri dijangka terus meningkat.
Data tidak rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 1,611 mangsa, tidak termasuk kes Mukah. –Sarawakvoice