Pertunjukan fesyen KLFW 2020 cipta kelainan, muncul versi digital 0 5377

Pertunjukan fesyen KLFW 2020 cipta kelainan, muncul versi digital

KUALA LUMPUR: Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2020 mencipta kelainan apabila acara itu bakal dijayakan sepenuhnya secara digital sebelum ia disiarkan mulai 11 hingga 13 November depan menerusi platform dalam talian.

Acara tahunan sejak 2013 itu akan dimeriahkan dengan pembabitan seramai 60 pereka berbakat besar tempatan, di mana kebanyakannya klip video dan penggambaran rekaan busana itu dirakam di sekitar lokasi ikonik ibu negara.

Pengasas KLFW, Andrew Tan, berkata cabaran utama kepada pihaknya untuk menciptakan pengisian menarik berikutan acara itu ditonton di platform digital dan bukan seperti kelaziman acara pertunjukan pentas.

“Setiap hari akan menampilkan lima episod yang membawa pengisian berbeza, antaranya ‘fashion uncensored’ yang dikupas panel penggiat fesyen tanah air, ‘style matter’, ‘Fashion 101’ dan lain-lain.

“Peralihan secara digital ini adalah kerana pandemik COVID-19, malah Paris, Milan dan New York juga menganjurkan versi digital iaitu norma baharu untuk industri,” katanya.

Sempena KLFW 2020, semalam hingga Sabtu ini, The Digital Backstage yang dibawakan Panasonic Malaysia, Wardah Cosmetic dan Miko Galere menyingkap sedikit sebanyak kejutan acara fesyen yang dijadualkan bulan depan.

Andrew berkata, kebiasaannya acara tahun KLFW menampilkan antara 80 hingga 200 pereka fesyen, namun angka itu terpaksa dihadkan berikutan kekangan masa, pengisian dan mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“KLFW adalah platform yang menyokong pereka Malaysia untuk mengetengahkan bakat, inspirasi dan rekaan tersendiri dan kerjasama rakan strategik, Panasonic pula diharap berterusan kerana kerja belakang tabir sangat penting.

“Dengan membawakan konsep digital ini, kami membawa penonton mengikut setiap perjalanan dari pereka, jurumekap, pendandan rambut, teknologi penjagaan muka dan penjagaan rekaan secara eksklusif berbanding acara belakang tabir,” katanya.

Katanya, KLFW terus mengembangkan landskap untuk Industri Fesyen Malaysia dengan dengan penataan digital, namun pada masa mencerminkan komitmen berterusan ke arah lebih lestari dan kukuh untuk masa depan.

ANDREW Tan. Foto/Aziah Azmee
ANDREW Tan. Foto/Aziah Azmee

Katanya, pandemik itu tidak seharusnya menenggelamkan kemeriahan acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun, biarpun perlu dialihkan secara sederhana.

“Fesyen adalah cetusan minat dan selepas minat terhadapnya semakin suram, industri akan tenggelam. Tugas kami adalah menghidupkan kembali minat terhadap fesyen dan fesyen adalah impian, kegembiraan, dan khayalan.

“Penganjuran kali ini akan menjadi minggu fesyen paling ikonik bagi Pereka Fesyen Malaysia kerana mereka mentakrifkan cetusan kreativiti mereka dan menyesuaikan inovasi dengan perubahan norma baharu dan persekitaran.

“Dengan digital, bukan hanya KLFW dan Pereka bereksperimen dengan cara baharu untuk mempersembahkan koleksi mereka tetapi membolehkan penerokaan baru untuk peluang e-dagang,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news