KITALE: Tetamu hotel bandar Kitale, Trans-Nzoia County, mendengar jeritan datang dari salah satu bilik.
Ada yang kamudiannya menekan penggera bunyi.
Ketika polis sampai didapati sepasang kekasih gelap “terperangkap” akibat “melekat” semasa melakukan seks dengan kekasih gelapnya di bilik hotel berkenaan.
Doktor terpaksa dipanggil untuk memisahkan kekasih pasangan gelap itu.
Nairobi News melaporkan, asalnya pasangan lelaki, seorang suami sanggup menipu isterinya di bandar Lodwar sehingga dia ditemui “melekat” semasa melakukan zina.
Foto digunakan media tempatan dalam meliput berita ini menunjukkan pasangan itu ditutup dengan selimut ketika mereka masih melekat di dalam sebuah van, selepas dikeluarkan dari hotel berkaitan.
Laporan menyebut isteri meminta dukun atau bomoh “memerangkap” suaminya sehingga ia melekat ketika curang.
Dalam istilah kedoktoran, peristiwa tersebut disebut “penis captivus”.
Menurut laporan media tersebut, ini bukan kes pertama dilaporkan kerana pada November 2016, sepasang kekasih gelap turut “melekat” di Kisii County, selepas suami meminta dukun “mengenakan” isterinya yang curang