Kuching: Hari ini warga Kuching dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan dan cukup menyedihkan apabila seorang yang dianggap “Legend Kuching” oleh warga Kuching meninggal dunia pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.
Uncle Robert atau nama sebenarnya “Jong Khin Foo 56 tahun, berasal dari Pending. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 pagi tadi setelah 2 hari dalam keadaan kritikal.
Menurut info Uncle Robert dikatakan telah dijumpai oleh orang awam di VivCity Megamall dan dipercayai telah terjatuh dari tempat letak kereta di pusat membeli belah berkenaan.
Berita kematian Uncle Robert hari ini memang boleh dikatakan cukup mengejutkan. Rata-rata netizen dari Kuching menzahirkan perasaan sedih.
Uncle Robert sememangnya Legend untuk orang Kuching. Kehadirannya di beberapa kawasan sekitar Kuching sememangnya dinantikan oleh warga Kuching. Kerana gelagat dan gaya Uncle Robert sememangnya cukup mencuit hati.
Kini tiada lagi kita melihat aksinya berkawad seperti askar dan polis, tiada lagi aksinya menembak menggunakan senjata “Payungnya” dan kini tiada lagi kita dapat melihat aksinya yang cukup fasih berbahasa Inggeris.
Apa yang pastinya kita pasti merinduinya. Uncle Robert sememangnya Legend yang cukup disenangi dan disayangi oleh warga Kuching. Tenanglah kau Disana Uncle. Kami sentiasa merinduimu dan mengingatimu. – Kamek Miak Sarawak