SANTUBONG: Wanita Sarawak hari ini harus berani memecah tradisi dan status dalam kerjaya supaya setanding dan seiring dengan golongan lelaki.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan masa kini berbeza dengan zaman dahulu kerana masyarakat zaman dahulu menganggap kerjaya tradisi orang lelaki tidak harus digalas wanita.
“Dahulu mana ada juruterbang wanita, sekarang ada. Justeru, wanita harus memecah tradisi ini, ” katanya kepada para pelajar yang menyertai Program Jualan Murah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kampung Santubong di sini.
Program jualan murah ini diselaras Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Santubong.
Kesemua barangan seperti telur, gula, tepung, minyak dan makanan mentah dijual pada harga 10 hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.
Wan Junaidi yang juga penyandang Parlimen Santubong berkata, wanita hari ini perlu melihat lebih jauh untuk memajukan diri masing-masing.
Sementara itu, Ketua Wanita PBB Ranting Santubong, Halimatun Afiffah Mustapa berkata, program anjuran KPDNKK ini memberi peluang kepada penduduk kampung berbelanja dengan banyak pada harga murah.
“Harga barangan hari ini sangat murah.
“Saya jangka lebih 1,500 penduduk tidak melepaskan peluang keemasan ini, ” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Cawangan PBB Pantai Damai, Drahman Jaladin menyifatkan program ini sebagai ‘mesra rakyat’ dan platform terbaik untuk golongan berpendapatan rendah membeli-belah.
Drahman Jaladin
“Inilah medium terbaik dalam membantu golongan tidak mampu berbelanja, ” katanya.
Manakala Penghulu Suhaili Kipli menerima baik penganjuran program itu dan berharap ia akan diadakan lagi pada masa akan datang.
“Ia memberi peluang kepada penduduk untuk berbelanja pada harga sangat murah.
Penghulu Haji Masli Han pula, berharap program itu dapat diadakan selalu.
“Sambil berbelanja, penduduk kampung dapat mengeratkan perpaduan dengan kejiranan di sini, ” katanya.
Guru Jabatan Kemajuan Masyarat (KEMAS), Kalsom Haji Salleh berharap program ini diadakan setiap bulan untuk memudahkan kaum wanita berbelanja dengan mudah.
Selain jualan dan pameran, turut diadakan pertandingan pentaque, program Eco-Camp Kelab Pencinta Alam Sekitar serta Karnival Pendidikan CATS 11 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuching. –Sarawakvoice
Penghulu Haji Masli HanHalimatun Afiffah Mustapa